Apakah IBS




  • Sistem Binaan Berindustri (IBS) merujuk kepada satu teknik pembinaan di mana komponen dikilangkan dalam persekitaran yang terkawal – sama ada di dalam atau di luar tapak – yang diletakkan dan dipasang untuk kerja-kerja pembinaan.
  • Istilah IBS adalah istilah yang digunakan di Malaysia, manakala di negara-negara lain, ia juga dikenali sebagai Pembinaan Prapasang/Pre-fab, Kaedah Pembinaan Moden (MMC) dan Pembinaan Di Luar Tapak.
  • Terdapat lima jenis IBS di Malaysia:
    1. Sistem kerangka konkrit pratuang, panel dan kotak;
    2. Sistem kerangka kerja keluli;
    3. Sistem kerangka kayu prapasang;
    4. Sistem kerangka keluli; dan
    5. Sistem kerja blok.
Apakah kelebihan menggunakan IBS?
  • Menghasilkan  produk berkualiti tinggi dan sisa yang minimum, dengan persekitaran kerja kilang yang lebih mudah dikawal.
  • Tidak memerlukan sokongan kayu konvensional dan mengurangkan bahan sokongan, dengan penggunaan elemen pemasangan lengkap atau sistem sokongan untuk proses penuangan di tapak.
  • Menghasilkan platform kerja yang lebih kuat dan selamat dengan elemen pemasangan lengkap.
  • Kerja siap lebih cepat dengan penggunaan komponen prapasang untuk menggantikan penuangan di tapak.
  • Tapak lebih selamat, bersih dan teratur dengan pengurangan jumlah sisa, serta bilangan pekerja di tapak dan bahan pembinaan prapasang yang sedikit; dan
  • Jumlah kos pembinaan lebih murah secara keseluruhannya berdasarkan semua faktor di atas.
*sumber : www.cidb.gov.my



Jenis Batu Yang Digunakan Oleh ZukaPro


Bagaimana rumah dibina menggunakan sistem ibs?













2 comments:

  1. Saya ingin mendapat maklumat lanjut tentang pembinaan rumah ibs ini.
    1. Adakah rumah yang dibina hanya yang tertera dalam gambar atau kita boleh buat reka bentuk sendiri?
    2. Berapakah kos sebenar kalau rumah itu seluas 3,000 kaki persegi?
    3. Adakah kos rumah dua tingkat berbeza dengan rumah setingkat?
    Harap saya mendapat maklumat dan diucapkan berbanyak terima kasih

    ReplyDelete
  2. Untuk 10x10x3 kaki berapa kos? Area saujana utama

    0149648347
    Fik

    ReplyDelete